Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri
ini ditulis sebagai perkongsian semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU
kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :
Semua orang boleh menjadi blogger. Semua
orang mampu ada blog. Tapi, bukan semua semua orang dilahirkan ada bakat
menulis blog dan disegani semua orang. Kita kena bermula dari bawah. Naik sikit
demi sedikit. Belajar setiap hari dengan blogger-blogger yang sudah lama dalam
dunia blogging. Saya pun belajar sama ni. Cuma, ingin berkongsi di sini ok.
Semua boleh jadi penulis sebenarnya. Mesti ada caranya, kalau kita betul-betul
serius mahu jadi penulis yang berjaya. Sebenarnya, tidaklah susah mana. Baca
tips di bawah ni.
1. Kenal diri sendiri
Apa saja pekerjaan yang kita nak buat.
Mula-mula kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Nak ada blog sendiri? Nak
jadi blogger hebat? boleh, tapi cuba tanya pada diri sendiri dulu “apa yang aku
boleh tunjukkan dalam penulisan aku nanti?”, “apa bidang yang aku mahir?” atau
“apa yang aku akan tulis dan apa yang tidak akan sesekali tulis dalam blog aku
ni?”. Penting. Sebab, untuk menjadi penulis yang berjaya pada saya kita kena
ada pendirian. Sama maca dalam life seharian kita. Apa yang diri kita boleh
buat dan apa yang jangan sesekali kita buat. Jadi penulis pun macam tu. Contoh.
Saya tidak akan menulis berkenaan seks dalam blog.
2. Belajar Secara Bijak
Blogger pun boleh dikategorikan sebagai
pelajar. Jadi, tugas pelajar adalah belajar. hahahaha! Jangan jemu untuk
mencari ilmu blogging yang baru setiap hari. Tapi, jangan belajar “membabi buta”.
Kita kena tahu apa yang kita nak belajar atau cari untuk hari ini. Jadi, fokus.
Contoh. Hari ini, saya ingin tahu macam mana nak tambahkan earning innity saya.
So, saya cuma fokus cari info pasal ini sahaja lah. Hasilnya? Menjadi. Earning
innity saya naik. Jadi, belajar fokus bukan hentam saja.
3. Cari Peluang “improve” gaya penulisan
dalam blog
Sehebat mana pun blogger, kalau tidak
diasahkan lagi bakat menulis tu susah juga. Nanti, dekat situ..situ sajalah
ilmu yang ada. Macam mana nak asah? Ok, senang je. Rajinkan diri cari peluang
untuk join Contest yang ada kualiti. Saya ulang, kualiti. Tak ada niat nak
kecilkan hati siapa-siapa ok. Kualiti yang macam mana? Contoh, kalau betul
serious nak jadi penulis blog yang berjaya dalam dunia blogging ni. Join
contest berkaitan blogging juga. Contest SEO, Review alexa rank, contest yang
ada kaitan dengan trafik paling bagus! Biasanya, contest macam ni buat korang
belajar cara menulis di blog dengan betul. SEO akan buat korang belajar menulis
dengan bahasa melayu yang betul, proper habis, susun ayat dan macam-macam.
hahaha!!! Tengok entry blog saya. Jarang nak jumpa ayat pelik-pelik. Dekat
Twitter bolehlah guna ayat carca marba.
4. Be Creative
Bukan orang hiburan je perlu creative ni.
Kita, kalau nak jadi penulis blog pun kena creative! Kena cari apa yang kita
boleh tulis dalam blog kita dan akan pembaca tidak merasa bosan. Contoh, korang
boleh variasikan tajuk dalam entry seharian korang (kecuali blog niche jangan
ikut tips ini). Kalau hari ini tulis pasal isu semasa, esok boleh ubah pasal
hiburan. Lusa, cerita pasal masalah harian pula. Be creative!!! Jangan bagi
pembaca blog kita bosan.
5. Berani Suarakan Pendapat
Nak jadi penulis blog kena berani beri
pendapat dan berani terima teguran. Kalau tak berani 2 perkara ini, susah nak
jadi penulis blog yang berjaya. Apa tujuan kita berblog? Untuk kongsi pendapat
kan? Jadi, sila jadi berani!! Jangan takut kena hentam. Cuma, perlu hati-hati
jangan menulis ikutkan hati. Jadi blogger kena pandai kawal emosi.
Rasanya, cukuplah 5 ini sahaja yang saya
kongsikan untuk sahabat yang nak jadi penulis blog tapi ragu-ragu. Boleh saja.
Tak ada istilah “aku tak boleh jadi penulis” . Semua boleh kalau kita kata
boleh. Be positive!! Selamat menjadi penulis blog yang berjaya.



No comments:
Post a Comment