Tuesday, 28 February 2012

Penulisan Imam Al-Ghazali!!







Disebutkan dalam satu hadits Rasulullah s.a.w. bahawa ada dua bentuk ni'mat yang diabaikan oleh kebanyakan manusia; ya'ni ni'mat masa lapang dan ni'mat kesihatan.






Assalaa mu'alaikum w.b.t., Salam Mahabbah Fillah dan Perjuangan,


Segala puji milik Tuhan Yang Maha Agung Pemilik Seluruh Alam ini, selawat dan salam atas Rasul Junjungan, Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda.


Ya Allah ajarkan kepada kami 'ilmu yang bermanfaat, dan berikan manfaat kepada kami daripada 'ilmu yang Kau ajarkan.




Didoakan agar semua para pembaca dan penulis sendiri sentiasa berada dalam keadaan tenang dan sejahtera. Insya Allah pada kali ini, perbincangan kita akan sekali lagi berbicara soal waktu. Perbincangan kali ini akan mengambil penulisan Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rohimahullahu ta'ala yang dipetik daripada kitab "ايها الولد" (Ayyuhal Walad - Wahai Anakku) yang diterjemahkan oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.








Berikut adalah penulisan Imam Ghazali r.t. yang diambil daripada Nasihat Pertama.


Waktu Itu Ialah Kehidupan


Wahai anakku yang tercinta,


Sebahagian daripada nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah sabdaan Baginda yang berbunyi: Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta'ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakan pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.




[Tamat penulisan Imam Ghazali]


Sememangnya nasihat ini jika diteliti mempunyai peringatan yang sangat berat dan besar. Apa yang dinyatakan di atas apabila umur kita melebihi 40 tahun namun jika kebaikan masih lagi belum melebihi keburukan maka dikatakan perlu bersedia untuk berada di dalam neraka adalah selari dengan hadits Rasulullah s.a.w. yang menyatakan Allah s.w.t. tidak menerima keuzuran seseorang insan yang tidak dapat beramal dengan sebaik-baiknya walupun telah diberi usia untuk hidup selama 60 tahun. Turut dikatakan kepada kita bahawa umur bagi umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah dalam lingkungan 60 hingga 70 tahun.


Oleh sebab yang demikian, maka tidak hairanlah jika kita menelusuri kisah orang-orang soleh sebelum ini ternyata umur mereka adalah sangat penuh dengan amal 'ibadat. Ada disebut dalam kitab Bustanul Arifin susunan Imam An-Nawawi rohimahullahi ta'ala bahawa ada seorang 'alim yang mempunyai anak-anak murid. Ketika umurnya meningkat tua, maka 'amal ibadatnya menjadi berkurang, bersesuaian dengan keuzuran yang dialami. Namun apa yang menginsafkan kita ialah kuantiti 'amalnya yang berkurang semasa umur tua itu tidak dapat pun ditandingi oleh anak-anak muridnya yang masih muda.


Moga-moga saya dan anda semua mendapat keberkatan daripada ilmu ini dan masa kita akan menjadi lebih terisi dengan manfaat.


Ya ALLAH, kukuhkanlah ikatan pergantungan kami kepada-Mu. Keredhaan-Mu matlamat buruan kami. Tetapkan kami ikhlas dalam mentaati-Mu.Selamat dan sejahterakanlah perjalanan kami menuju-Mu. Matikanlah kami dalam menyebut kalimah tauhid.

Monday, 27 February 2012

Iman itu mutiara!!!


Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertakwa

Iman x dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertakwa
Ia x dapat dijual beli 
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun x dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Friday, 24 February 2012

Gaya percakapan yang baik!!!

Ampa  ada  adik?  Ada  sepupu  yang  masih  kecik?  Ada  anak  jiran  yang  masih  sekolah  rendah?  Ataupun  anak  saudara  yang  baru  masuk  pra  sekolah?  Ok  mari  sini  aku   nak  cakap  sikit......


PERHATIKAN  GAYA  PERCAKAPAN  YANG 
MEREKA  GUNAKAN  SEHARIAN


Sebab  apa?  Sebab  kalu  ampa  terdengar  mereka  sebut  b*doh,  b*bi,  b*ngok  dan  seumpama  dengannya,  tolonglah  nasihatkan  mereka  dan  bagitau,




"adik-adik,  bahasa  ini  bahasa  yang  adik  tak  patut  sebut  tau.  Sebab  Allah  tak  nak  sayang  dekat  budak-budak  yang suka  sebut  benda-benda  tak  baik  tu.  Adik-adik  nak  masuk  syurga  kan?"


Pernah  terfikir  tak,  kenapa  budak  kecik  pon  da  pandai  mencarut?  Belajar dari  siapa?  Ye, belajar  dari  abang  dan  kakak  nie lah.  Kita  tak  sedar  kan,  apa  yang  kita  buat,  apa  yang  kita  buat,  apa  yang  kita  cakap,  ada  rupanya  yang  memerhati.  Hari  ini  dia  tengok   kita  buat.  Esok  dia  da  pandai  buat.



Pelik  aku,  KIta  nak  adik  kita  jadi  baik,sepupu  kita  baik,  anak  saudara  kita  baik,  tapi  kita  sendiri  tunjuk  contoh  yang  tak  baik.

Tuesday, 21 February 2012

Menjadi blogger terbaik!!




Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis sebagai perkongsian semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU kita untuk go next level dalam dunia blog. Selamat membaca Rakan Blogger :

Semua orang boleh menjadi blogger. Semua orang mampu ada blog. Tapi, bukan semua semua orang dilahirkan ada bakat menulis blog dan disegani semua orang. Kita kena bermula dari bawah. Naik sikit demi sedikit. Belajar setiap hari dengan blogger-blogger yang sudah lama dalam dunia blogging. Saya pun belajar sama ni. Cuma, ingin berkongsi di sini ok. Semua boleh jadi penulis sebenarnya. Mesti ada caranya, kalau kita betul-betul serius mahu jadi penulis yang berjaya. Sebenarnya, tidaklah susah mana. Baca tips di bawah ni.

1. Kenal diri sendiri

Apa saja pekerjaan yang kita nak buat. Mula-mula kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Nak ada blog sendiri? Nak jadi blogger hebat? boleh, tapi cuba tanya pada diri sendiri dulu “apa yang aku boleh tunjukkan dalam penulisan aku nanti?”, “apa bidang yang aku mahir?” atau “apa yang aku akan tulis dan apa yang tidak akan sesekali tulis dalam blog aku ni?”. Penting. Sebab, untuk menjadi penulis yang berjaya pada saya kita kena ada pendirian. Sama maca dalam life seharian kita. Apa yang diri kita boleh buat dan apa yang jangan sesekali kita buat. Jadi penulis pun macam tu. Contoh. Saya tidak akan menulis berkenaan seks dalam blog.

2. Belajar Secara Bijak

Blogger pun boleh dikategorikan sebagai pelajar. Jadi, tugas pelajar adalah belajar. hahahaha! Jangan jemu untuk mencari ilmu blogging yang baru setiap hari. Tapi, jangan belajar “membabi buta”. Kita kena tahu apa yang kita nak belajar atau cari untuk hari ini. Jadi, fokus. Contoh. Hari ini, saya ingin tahu macam mana nak tambahkan earning innity saya. So, saya cuma fokus cari info pasal ini sahaja lah. Hasilnya? Menjadi. Earning innity saya naik. Jadi, belajar fokus bukan hentam saja.

3. Cari Peluang “improve” gaya penulisan dalam blog

Sehebat mana pun blogger, kalau tidak diasahkan lagi bakat menulis tu susah juga. Nanti, dekat situ..situ sajalah ilmu yang ada. Macam mana nak asah? Ok, senang je. Rajinkan diri cari peluang untuk join Contest yang ada kualiti. Saya ulang, kualiti. Tak ada niat nak kecilkan hati siapa-siapa ok. Kualiti yang macam mana? Contoh, kalau betul serious nak jadi penulis blog yang berjaya dalam dunia blogging ni. Join contest berkaitan blogging juga. Contest SEO, Review alexa rank, contest yang ada kaitan dengan trafik paling bagus! Biasanya, contest macam ni buat korang belajar cara menulis di blog dengan betul. SEO akan buat korang belajar menulis dengan bahasa melayu yang betul, proper habis, susun ayat dan macam-macam. hahaha!!! Tengok entry blog saya. Jarang nak jumpa ayat pelik-pelik. Dekat Twitter bolehlah guna ayat carca marba.

4. Be Creative

Bukan orang hiburan je perlu creative ni. Kita, kalau nak jadi penulis blog pun kena creative! Kena cari apa yang kita boleh tulis dalam blog kita dan akan pembaca tidak merasa bosan. Contoh, korang boleh variasikan tajuk dalam entry seharian korang (kecuali blog niche jangan ikut tips ini). Kalau hari ini tulis pasal isu semasa, esok boleh ubah pasal hiburan. Lusa, cerita pasal masalah harian pula. Be creative!!! Jangan bagi pembaca blog kita bosan.

5. Berani Suarakan Pendapat

Nak jadi penulis blog kena berani beri pendapat dan berani terima teguran. Kalau tak berani 2 perkara ini, susah nak jadi penulis blog yang berjaya. Apa tujuan kita berblog? Untuk kongsi pendapat kan? Jadi, sila jadi berani!! Jangan takut kena hentam. Cuma, perlu hati-hati jangan menulis ikutkan hati. Jadi blogger kena pandai kawal emosi.

Rasanya, cukuplah 5 ini sahaja yang saya kongsikan untuk sahabat yang nak jadi penulis blog tapi ragu-ragu. Boleh saja. Tak ada istilah “aku tak boleh jadi penulis” . Semua boleh kalau kita kata boleh. Be positive!! Selamat menjadi penulis blog yang berjaya.