Sunday, 29 April 2012
Penyakit umat!!
Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.
(Hadith Riwayat Al-Haakim)
Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin
Kehilangan segala-gala!!
Jika anda kehilangan harta benda, anda tidak kehilangan sesuatu.
Jika anda kehilangan semangat dan keberanian, berarti anda kehilangan banyak hal.
Dan jika anda kehilangan kemuliaan serta harga diri, berarti anda kehilangan segala-galanya.
7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat!!
Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
Pemerintah yang adil
Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Peringatan buat diriku yang selalu lupa!!
Kecintaan yang berlebihan kepada kehidupan dunia dapat melupakan kita akan kehidupan akhirat.
Akibat terlalu banyak dosa yang kita dilakukan akan melupakan kita untuk bertaubat.
Hati Tua, Orang Muda!!
Rasulullah saw bersabda: Hati orang tua masih saja muda dalam 2 hal: cinta dunia dan panjangnya angan-angan.
(Hadith riwayat Bukhari)
Permata kata!!
Sifat Sombong Merugikan
Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana, orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.
Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.
Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.
Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)
Tuesday, 3 April 2012
Doa Penerang Hati!!
َبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
(Taha : 25,26,27)
Sunday, 1 April 2012
Ilmu dunia dan akhirat!!
Assalamualaikum
Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.
Apa itu ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ia merupakan tanggungjawab individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muuslim, maka individu tersebut akan berdosa.
Apa itu ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakan tanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya.Kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah..jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara.
Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud.
Tenangkan fikiran!!
Apa rancangan korang hari-hari minggu macam nih? Bangun tido lewat? tengok tv jer? Blogwalking (bagi kaki blog macam Belalang)? Ape-apepun hari minggu adalah hari untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dari terbit matahari sampai le terbenam matahari. Jom kita santai kejap dengan citer-citer pendek nih…
*********************
Seorang petani bingung memikirkan ternakan ayamnya yang setiap hari lima enam ekor mati dilanggar kereta. Dia menghubungi balai polis terdekat meminta dipasang papan tanda.
Beberapa hari kemudian terpampanglah papan tanda yang berbunyi: PERLAHAN – TERNAKAN MELINTAS.
Tiga hari kemudian petani itu menghubungi ketua balai, papan tanda itu tidak berkesan. “Masih banyak ayam saya mati, pemandu tetap memandu laju”, katanya sambil meminta kebenaran memasang papan tanda sendiri. Ketua balai setuju.
Sejak itu petani tersebut tidak lagi membuat aduan. Ketua balai berfikir, apakah papan tanda yang ditulis sehingga pemandu di kawsan itu mengbah haluan. “Mungkin boleh diguna pakai di mana-mana”, bisiknya.
Terkejut ketua balai ketika meninjau kawasan itu apabila dia ternampak papan tanda bertulis: PERLAHAN – KAWASAN ORANG BERBOGEL.
————————————————————-
Suatu Hari seorang lelaki terjumpa bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping kertas…
1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
“Ya, aku pegang dengan tangan kiri”, kata lelaki tersebut.
2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
“okey”, kata lelaki tersebut.
3. Tarik pin dengan berhati-hati.
“Sudah”, kata lelaki tersebut lalu menarik pin.
4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
“Okey”.
5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini.
“Okey”.
6. AMARAN: Lakukan semua ini dalam masa lima sa…
BBOOOOMMM!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

ecq.jpg)
DEVRED.jpg)
edcvq.jpg)

dasv.jpg)